Jangan putus asa
Aku merupakan seorang fresh graduate di universiti awam. Sebelum ni aku pernah kerja kat 1 company Singapore, tapi diorang buka cawangan kat Malaysia & company tu open dalam a fews month je. So, aku pun mula mencari kerja yang lain. Aku apply banyak tempat tapi semua ye tak ada rezeki atas sebab pengalaman tak sesuai dengan skop kerja dan pengalaman masih kurang. Aku terima dengan redha dan berusaha lagi.
Kebiasaannya,aku akan scroll dan apply kerja pada hujung minggu. Aku akan buka semua website pasal kerja macam Jobstreet, Job Malaysia & Indeed. Tapi aku pun ada joined group kerja-kerja kosong dalam facebook. Masa aku scroll facebook, aku ternampak 1 komen mengenai kerja kosong. Aku dengan tawakalnya call Mr.Z yang komen tu sebab aku perlukan kerja. Tak sangka aku kena bagi resume dan jumpa Mr.Z tu kat shell. Mula2 tu aku rasa was2, tapi aku nekadkan juga. Last2 Mr.Z tak dapat datang sebab ada urusan kerja. So, esok nya aku pergi hantar sendiri resume kat company yang Mr.Z tu bagitahu. Alhamdulillah aku diterima bekerja.
Setelah beberapa bulan kerja, aku mula kenal dengan semua vendor yang terlibat dengan company aku ni termasuk cleaning services. Ada 1 hari tu, aku jumpa tauke cleaner ni, dia macam pandang rendah pada aku sebab aku selalu bertugas kat reception. Aku pernah sentap dengan ayat tauke tu sampai aku rasa down & rasa macam hina sangat ke kerja non-executive ni. Aku sentap dengan dengan tauke tu sebab dia macam mempertikaikan kerja dan gaji yang aku ada. Tapi bila aku fikir balik, aku perlu positif. Jadinya, aku jadikan kata2 tauke tu sebagai pembakar semangat untuk aku lebih ke depan. Disebabkan itu, aku pun cuba cari part time job sebab aku kerja office hour & sabtu ahad cuti. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan perjalanan hidup aku untuk aku cari rezeki lebih dan kerja part time tu aku dapat cuti sabtu ahad. So, dapatlah aku balik kampung spent time dengan family. Sekarang aku masih lagi berusaha untuk menjadi seorang yang bekerjaya. Semoga misi untuk menjadi agen / dropship dipermudahkan juga 💪💪💪.
Untuk korang yang baru habis belajar, korang jangan putus asa. Rezeki kerja tu ada cuma cepat atau lambat. Korang jangan cepat berputus asa dan berdoa selalu, minta pada Allah supaya dipermudahkan untuk mendapat kerja dan diberikan kerja, insyaallah. Apa sahaja pekerjaan yang korang ceburi, jika dilakukan dengan ikhlas dan amanah, insyaallah Allah akan bantu untuk luaskan rezeki korang.
Keep fighting !!!!
Sekian,
missM
missM
Comments
Post a Comment